TerraAgra · Kit Booth

Booth —
NICE 2026 · KLCC · 26–28 Ogos

Pitch & Jawapan

Buka dengan soalan. Dengar dulu, pitch kemudian.

Pembuka · 10 saat
"Assalamualaikum tuan — tuan dari agensi, pertubuhan peladang, atau pesawah sendiri?"

Nampak pegawai agensi: "Berapa ramai pesawah bawah seliaan tuan?"

Soalan buat orang berhenti; pitch buat orang jalan terus.

Elevator · 30 saat — hafal
"TerraAgra ialah sahabat digital pesawah padi — satu app untuk satu musim penuh.

Dalam satu tempat: petak & musim ikut aliran kerja Rice Check, kewangan musim yang terus keluar untung-rugi, amaran cuaca, dan TUAH — enjin ramalan hasil kami yang menjalankan model tanaman saintifik untuk setiap petak.

Dua perkara buat kami lain: ia berfungsi tanpa talian, dan ia direka mesra warga emas — 70% pesawah kita berumur 50 tahun ke atas.

Kami jual sebagai langganan institusi melalui MADA, KADA dan IADA. Boleh saya tunjuk 2 minit?"
Cerita penuh · 2 minit
  1. Masalah (25s) — "Empat masalah yang sama berulang: rekod dalam buku nota yang hilang; blast dan hawar dikesan lambat; kerja lapangan dirancang tanpa ramalan cuaca; dan hujung musim pesawah sendiri tak tahu untung berapa."
  2. Empat tonggak (40s) — Operasi (petak & musim, sempadan satelit, hektar auto) → Kewangan (untung-rugi per musim; rekod tuaian terus jadi transaksi Jualan Padi) → TUAH (ramalan hasil + senario) → Konteks lapangan (amaran cuaca + imbasan penyakit).
  3. Gelung tertutup (20s) — "TUAH ramal hasil dan jana pelan tindakan. Rice Check bimbing pesawah dan rekod amalan sebenar. Amalan tu disuap balik — makin diguna, makin tepat ramalannya."
  4. Kenapa kami (15s) — pelopor gabungan cuaca + petak + kewangan + AI dalam satu app; offline-first; dwibahasa, teks besar, mod gelap.
  5. Langkah seterusnya (15s) — "Kita mulakan pilot satu kawasan penyeliaan, satu musim. Bila musim tanam tuan seterusnya bermula?"
Aksi paling kuat di booth

Hidupkan mod pesawat, kemudian guna app depan mereka. Semua orang cakap "offline-ready" — kita tunjuk. Ayat: "Ini yang berlaku kat sawah tuan bila tiada talian — data tetap masuk, nanti ia sync sendiri."

Skrip ikut siapa yang datang

Agensi jelapang & kerajaan Pembeli utama

MADA, KADA, IADA, Perlis, Jabatan Pertanian, KPKM, LPP, PPK, agensi negeri, MARDI.

"Sekarang pihak tuan dapat data pesawah selepas musim habis, melalui borang manual. Dengan TerraAgra, setiap petak dan setiap kos direkod masa ia berlaku — walaupun tiada talian. Pegawai tuan nampak keseluruhan kawasan dalam satu papan pemuka, TUAH tunjuk senario: amalan biasa vs pakej penuh Rice Check — berapa hasil boleh naik, dalam ringgit. Dan kami sediakan laporan agregat untuk perancangan dan justifikasi subsidi."

Butang yang mereka tekan: keselamatan makanan, hasil sehektar, subsidi berkesan, pematuhan Rice Check, amaran penyakit awal, pendigitalan sektor padi.

Harga: langganan berkelompok bersubsidi ~RM5/pesawah/bulan — sebut sebagai indikatif; sebut harga sebenar ikut saiz kawasan.

Penutup: "Kami cadang POC satu kawasan penyeliaan, satu musim — ukur baseline dulu, kemudian tunjuk perbezaan. Siapa pegawai yang patut kami rujuk?"

Syarikat dron / pemetaan udara White-label

Operator UAV, syarikat survey & pemetaan, penyedia khidmat NDVI — ramai di expo teknologi macam ni.

"Anda terbangkan dron — kami beri perisiannya. Sekarang data mapping tuan berakhir sebagai fail GeoTIFF dalam hard disk atau pautan WeTransfer. Platform kami tukar ia jadi portal client berjenama tuan sendiri: peta interaktif, NDVI atas peta satelit, viewer 3D, analitik petak — malah ramalan hasil. Client tuan nampak jenama tuan, bukan kami. Satu penerbangan jadi langganan berulang, bukan serahan sekali."

GeoVault: repositori data GIS — hierarki Client → Projek → Lapisan, pautan kongsi berkod laluan + QR, sokong GeoTIFF/COG, GeoJSON, GDB, LAS/LAZ, 3D Tiles. Pakej ikut storan: Starter 100 GB · Growth 1 TB · Enterprise 5 TB.

Penutup: "Bawa satu set data UAV tuan — kami tunjukkan portal client tuan siap dalam 15 minit. Emel tuan? Saya hantar pautan demo."

Pertubuhan peladang / koperasi / kilang padi Saluran

PPK, koperasi pesawah, kilang beras, pembekal baja & racun, syarikat kontrak tanam.

"Tuan dah ada kepercayaan pesawah dan pasukan di lapangan — itu bahagian paling susah. Kami bawa platform, tuan bawa hubungan. Pesawah bawah tuan dapat rekod dan kewangan musim yang kemas; tuan dapat gambaran keseluruhan kumpulan tuan."

Soalan layak: berapa ahli aktif? kawasan liputan? ada pasukan lapangan? siapa lulus kerjasama?

Penutup: "Jom set panggilan 30 minit selepas expo untuk bincang struktur kerjasama."

Jangan janji kadar komisen, hak eksklusif atau harga khas di booth.
Pesawah komersial (3–20 ha) Early adopter

~35,000 pesawah komersial — segmen paling cepat terima teknologi.

"Tuan pegang berapa relung? … Dengan app ni, setiap petak ada rekod sendiri — bila baja, bila racun, berapa kos. Hujung musim tuan terus nampak untung sebenar setiap petak, bukan agak-agak. Nampak simptom pelik pada daun? Imbas dengan kamera, terus tanya penasihat agronomi dalam app."

Elak jargon. Guna: petak, musim, kos baja, untung, amaran hujan. Bukan: platform, dashboard, AI pipeline.

Penutup: "Saya WhatsApp tuan pautan app — cuba dulu satu petak musim ni."

Pelabur / agensi geran

MRANTI, MTDC, Cradle, VC, korporat venture.

"Sektor padi Malaysia: 296,000 hektar, 170,000+ pesawah berdaftar, tersusun bawah empat wilayah jelapang — saluran jualan kami tertumpu, bukan bertaburan. Kami jual langganan institusi kepada agensi, bukan kejar pesawah seorang demi seorang. Enjin TUAH kami jalankan model tanaman DSSAT — teknologi simulasi yang diiktiraf saintifik, bukan black box. Fasa 2: marketplace input dan laporan data agregat."

Bawa: deck + angka terkini (pesawah aktif, kawasan pilot, pipeline agensi). Jangan reka angka — "Saya hantar angka terkini dari pasukan kami petang ni."

Penutup: "Boleh saya atur pertemuan dengan pengasas kami minggu depan?"

Pelajar / pelawat umum / vendor Sopan, cepat

30 saat + QR, kemudian kembali kepada lead layak. Booth yang penuh dengan orang tak membeli menghalang prospek sebenar mendekat.

"Terima kasih singgah! Ini QR kami — semua maklumat ada kat situ. Ada projek berkaitan nanti, terus WhatsApp kami."

Vendor datang jual kepada kita: ambil kad, "saya sampaikan pada pasukan," tamat dalam 60 saat.

5 soalan melayakkan prospek

1"Tuan dari agensi mana / berapa relung tuan pegang?"
Agensi & PPK = peluang besar (langganan berkelompok). Pesawah individu <3 ha = pengguna, bukan pembeli institusi.
2"Sekarang macam mana rekod petak, kos dan hasil disimpan?"
Buku nota / borang / Excel = ruang besar untuk kami. Dah ada sistem = tanya apa yang tak cukup.
3"Apa masalah paling menyakitkan musim lepas?"
Diam dan dengar. Ayat dia inilah yang digunakan semula dalam WhatsApp susulan.
4"Kalau nak mula pilot, siapa lagi perlu setuju — dan bila musim / tahun kewangan tuan bermula?"
Soalan kuasa & masa. Tanpa jawapan ini, lead bukan HOT.
5"Ada peruntukan pendigitalan atau geran tahun ni?"
Kalau ada, kami bantu justifikasi teknikal untuk kertas kerja.
Suhu lead — baca macam peta NDVI

Merah = perlu tindakan segera. Sama macam petak tanaman.

SuhuTandaTindakan
HotKuasa/pengaruh keputusan + ramai pesawah bawah seliaan + masa <3 bulan + minat pilotSet tarikh follow-up di booth juga. WhatsApp sebelum dia keluar dewan.
WarmBerminat, masalah jelas, tapi perlu rujuk atasan / belum ada peruntukanHantar bahan + panggilan dalam 2 minggu.
ColdIngin tahu, pelajar, tiada kaitanQR + senarai emel. Jangan buang masa booth.

Jawapan bantahan

"Pesawah kami dah tua — mana reti guna app"
"Itu andaian pertama masa kami reka app ni — bukan benda yang terlupa. Sebab tu teks besar, mod gelap, dwibahasa, skrin sedikit langkah. Kami reka untuk pesawah 60 tahun, bukan untuk jurutera. Permulaan pun, pegawai atau PPK boleh bantu daftar petak sekali sahaja — lepas tu pesawah cuma rekod aktiviti harian."

Angka penyokong: 70%+ pesawah berdaftar berusia 50 tahun ke atas — UX mudah bukan pilihan, ia keperluan.

"Sawah kami takde talian internet"
"Itu sebab utama kami bina ia offline-first. Data disimpan dalam telefon dan ditulis tertangguh — bila ada talian, ia sync sendiri. Pesawah tak perlu fikir pasal tu langsung."

Terus buat: mod pesawat, tunjuk app masih berfungsi. Demo paling meyakinkan di booth.

"Ramalan AI ni tepat ke?"
"Soalan yang betul, dan jawapan kami jujur. TUAH bukan tekaan AI — ia jalankan DSSAT, model simulasi tanaman saintifik yang diguna penyelidik seluruh dunia, mensimulasi tumbesaran padi hari demi hari ikut cuaca, tanah dan varieti petak tuan. Setiap ramalan datang dengan julat keyakinan yang makin menyempit menghampiri tuai. Dan kekuatan sebenar dia: perbandingan senario — amalan biasa vs pakej penuh Rice Check, berapa hasil boleh naik, dalam ringgit. Cara paling adil menilai kami: pilot satu musim, bandingkan dengan rekod sebenar tuan."

Jangan janji ketepatan nombor mutlak — pekali varieti tempatan masih dalam kalibrasi. Kekuatan sistem: arah, perbandingan & trend. Ayat kuat: "Kami tak minta tuan percaya AI. Kami minta tuan uji kami satu musim."

"Berapa harganya?"
"Untuk agensi: langganan berkelompok bersubsidi, sekitar RM5 sepesawah sebulan, ikut saiz kawasan dan modul. Cara mudah nilai: berapa kerugian satu musim yang hasilnya jatuh sebab penyakit lambat dikesan? Kos platform ni jauh lebih kecil. Saya sediakan sebut harga khusus untuk bilangan pesawah tuan."

RM5/pesawah/bulan = indikatif. Jangan komit angka akhir, diskaun atau terma bayaran di booth.

"Agensi kami dah ada sistem sendiri"
"Bagus — kami bukan nak ganti sistem tuan. Sistem tuan urus pendaftaran dan rekod rasmi; kami di lapisan operasi harian di sawah — aktiviti petak, kos musim, amaran cuaca, gejala penyakit. Data kami boleh dieksport masuk ke sistem sedia ada tuan."
"Data pesawah ni sensitif"
"Betul tuan. Rekod pesawah kekal milik pesawah dan agensi. Laporan untuk pihak ketiga adalah agregat dan tanpa nama — corak kawasan, bukan individu. Terma akses dan penyimpanan dinyatakan dalam perjanjian."

Jangan janji spesifik teknikal (lokasi server, on-premise, pematuhan tertentu) tanpa pengesahan pasukan teknikal.

"Kami kena ikut proses perolehan / tender"
"Faham tuan. Selalunya kami mula dengan POC berskala kecil yang boleh diluluskan di peringkat jabatan — hasil POC tu jadi asas spesifikasi untuk perolehan penuh. Kami sedia bantu dokumen teknikal untuk kertas kerja tuan."

Rekod dalam nota: pegawai perolehan, kalendar bajet, tarikh mula tahun kewangan.

"Emailkan sahaja, nanti saya tengok"
"Boleh tuan — tapi supaya saya hantar benda yang betul-betul berkaitan: tuan lebih berminat sisi rekod & kewangan musim, atau ramalan hasil & amaran penyakit? … Baik. Saya WhatsApp tuan malam ni, dan kalau boleh kita cari 15 minit hari Selasa. Nombor WhatsApp tuan?"

Tanpa nombor telefon + tarikh, itu bukan lead — cuma kad nama.

Alir demo 3 minit

  1. Petak — "Sempadan petak dari satelit, hektar dikira automatik, musim ada mula dan hujung yang jelas."
  2. TUAH — "Ini ramalan hasil petak ni, dengan julat keyakinan. Dan ini senarionya: amalan biasa vs pakej penuh Rice Check — beza hasilnya, dalam ringgit."
  3. Rice Check — "Pelan tindakan bermasa — baja, air, perosak — dan app rekod amalan sebenar. Amalan ni disuap balik, ramalan jadi makin tepat."
  4. Kewangan — "Rekod tuaian terus jadi transaksi Jualan Padi. Ini untung sebenar musim ni."
  5. Mod pesawat — "Dan semua ni jalan tanpa talian."
Prospek tergesa-gesa? Maksimum 3 skrin. Tutup dengan soalan: "Yang mana paling berguna untuk kawasan tuan?"

Untuk syarikat dron: demo lain — GeoVault: muat naik → portal client berjenama → pautan kongsi + QR. Tunjuk viewer 3D kalau ada masa.

Sahkan dengan pengurusan sebelum expo — jangan sebut sebelum disahkan:
  • Harga akhir, diskaun, terma bayaran (RM5/pesawah/bulan = indikatif)
  • Bilangan pesawah & hektar aktif semasa; nama agensi/klien yang boleh disebut terbuka
  • Ketepatan TUAH — kekal pada "arah & perbandingan senario", bukan jaminan nombor
  • Tarikh keluaran Fasa 2 (marketplace input)
  • Terma kerjasama PPK / reseller / white-label

Borang Lead

Isi selepas perbualan tamat. Berfungsi tanpa internet.

Kenalan
Jenis prospek
Keperluan
Suhu & susulan

Leads Tersimpan

Eksport CSV setiap hujung hari, hantar ke kumpulan BD.

0JUMLAH
0HOT
0WARM
0COLD

Data disimpan dalam pelayar telefon ini sahaja.

Operasi Booth

Peranan, rutin harian & agenda 3 hari.

Peranan · 3 orang · tukar tiap 90 minit
PerananTugas
PenyapaBerdiri di hadapan booth, bukan belakang meja. Buka dengan soalan. Layak / tak layak dalam 60 saat.
DemoPegang peranti demo. Demo 3 minit + aksi mod pesawat. Jawab soalan teknikal.
PenutupIsi borang lead, dapatkan WhatsApp + tarikh, hantar mesej susulan terus di booth.
Peraturan: sekurang-kurangnya seorang berdiri menghadap lorong pada setiap masa. Tiga orang berbual sesama sendiri = papan tanda "jangan ganggu".
Sebelum expo — siap sebelum 25 Ogos
  • Sahkan nombor booth & masa pemasangan; isi nombor booth dalam kit (tab Info)
  • Cetak: brosur, kad nama semua staf, backdrop / standee, QR besar (tab Info)
  • Peranti demo diisi data contoh — petak, musim, transaksi, ramalan TUAH — supaya skrin tak kosong
  • Uji demo dalam mod pesawat sekurang-kurangnya sekali
  • Kuasa: extension cord, power bank ×3, kabel cas
  • Kit ini dibuka & ditanda buku di telefon setiap staf BD
  • Angka yang boleh disebut disahkan pengurusan (kotak amber, tab Pitch)
  • Satu muka surat ringkasan untuk VIP / media
Setiap pagi · sebelum 9:00
  • Booth kemas, brosur disusun, peranti dicas penuh
  • Sasaran hari ini disebut kuat: __ lead / __ HOT
  • Semak agenda hari tu — sesi mana bawa orang keluar ke dewan pameran
  • Semua staf tahu skrip 30 saat & boleh buat demo mod pesawat
Setiap petang · 5:00 · 15 minit
  • Eksport CSV dari tab Senarai → hantar ke kumpulan WhatsApp BD
  • Setiap lead HOT: WhatsApp susulan hari ini juga
  • Kongsi cepat: bantahan apa paling kerap? Laraskan skrip esok
  • Kira lead vs sasaran; tetapkan sasaran esok
Selepas expo · SLA 48 jam
  1. HOT — hubungi dalam 24 jam. Rujuk masalah yang dia sebut, bukan pitch umum.
  2. WARM — WhatsApp + emel dalam 48 jam, cadang 2 slot masa tertentu.
  3. COLD — satu emel terima kasih + pautan.
  4. Gabung semua CSV ke satu fail induk, buang pendua, masuk CRM.
Templat WhatsApp susulan:
"Salam Encik ___, saya ___ dari TerraAgra — kita berbual di booth NICE 2026 semalam tentang [masalah yang dia sebut]. Saya hantar brosur ringkas kami di sini. Boleh kita cari 15 minit hari ___ atau ___ untuk saya tunjuk app? Terima kasih."

Agenda & waktu puncak

Sesi persidangan tarik orang keluar dari dewan pameran. Trafik booth paling padat sebelum sesi, waktu rehat & makan tengah hari.

Rabu 26 Ogos · Hari 1 — teknologi & AI
9:30 pg
Ucapan alu-aluan & keynote industri masa depan ASEAN
12:30–2:00
Puncak — makan tengah hari. Semua staf di booth, makan bergilir.
2:00–5:00
Sesi AI: ekonomi data, "AI Nations", nilai perniagaan AI (Microsoft, Deloitte, Pejabat AI Negara)
4:00–5:00
Peluang: panel "AI Hype ke Nilai Perniagaan" — sepadan dengan sektor AI/ML TerraAgra. Hantar seorang staf berjaringan selepas sesi.
Khamis 27 Ogos · Hari 2 — hari VVIP
8:00 pg
Pendaftaran delegasi — booth siap sepenuhnya sebelum 8:30 pg
9:15
Dialog Menteri "R&D to Revenue" — pegawai kementerian ramai di lokasi
10:10
Ucapan pelancaran Perdana Menteri
11:00–11:30
Lawatan dewan pameran oleh PM. Semua berdiri, telefon peribadi disimpan, peranti demo di skrin terbaik. Sedia pitch 60 saat.
12:30–2:00
Puncak — trafik tertinggi sepanjang 3 hari
2:00–5:00
Sesi bioteknologi & ketahanan negara — trafik sederhana
Jumaat 28 Ogos · Hari 3 — hari pelabur
10:30–12:30
Panel "What Investors Really Look For" & "Building Malaysian Champions" — pelabur berkumpul di sini. Hantar seorang staf.
12:30–2:30
Rehat & solat Jumaat — dewan lengang. Guna untuk susulan lead HOT & kemas kini CSV.
4:00–5:00
Majlis penutup, Anugerah MCY, pertukaran MoU, jamuan — peluang berjaringan terakhir
5:00
Pembongkaran booth — kira semula semua peralatan sebelum keluar
Protokol VVIP · Hari 2 · 11:00 pagi
  • Seorang juru cakap sahaja — tetapkan siapa awal pagi
  • Pitch 60 saat: "Kami TerraAgra — sahabat digital pesawah padi. Satu app: petak, kewangan musim, amaran cuaca dan TUAH, enjin ramalan hasil kami yang jalankan model tanaman saintifik. Ia berfungsi tanpa talian dan direka mesra warga emas — 70% pesawah kita berumur 50 tahun ke atas. Sasaran kami: mendigitalkan 170,000 pesawah padi negara melalui MADA, KADA dan IADA."
  • Sedia satu muka surat untuk pegawai iringan
  • Seorang staf merakam gambar / video untuk media sosial & laporan
  • Jangan halang lorong; jangan hulur barang terus kepada VIP tanpa diminta
Elakkan
  • Duduk, main telefon, atau makan di booth
  • Sebut harga muktamad, jaminan ketepatan, atau nama klien belum disahkan
  • Berbual 20 minit dengan lead COLD sedangkan prospek layak lalu di depan
  • Kumpul kad nama tanpa nota — kad tanpa konteks tiada nilai
  • Janji "saya hantar esok" tanpa tarikh dalam borang

Info Produk

Fakta yang boleh dipegang — dari dokumen produk sebenar.

Syarikat
NamaTERRAAGRA SOLUTIONS SDN. BHD.
TaglineSahabat Digital Pesawah Moden
Sektor (NICE)Artificial Intelligence (AI) & Machine Learning
MencariBusiness Partnerships, Strategic Collaborations
Emelterraagra@proton.me
Telefon+603-8923 1058
Lamanaeronerve.my/terraagra · www.terraagra.com
Booth— (isi di bawah)
Angka pasaran — hafal 4 ini
296,000 hakawasan tanaman padi Malaysia
170,000+pesawah berdaftar
70%+pesawah berusia 50 tahun ke atas
4 wilayahjelapang: MADA · KADA · IADA · Perlis

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. Segmen: ~120K pesawah individu (<3 ha) · ~35K pesawah komersial (3–20 ha, early adopters).

Empat tonggak platform
TonggakApa ia buat
Operasi ladangPetak & musim — kitaran musim eksplisit, sempadan petak satelit, hektar automatik, jadual tugas aliran kerja Rice Check
KewanganPendapatan, perbelanjaan & untung-rugi per musim; rekod tuaian menjana transaksi Jualan Padi automatik
KecerdasanTUAH (ramalan hasil) + "Tanya Agronomi" — jawapan kontekstual baja / racun / Rice Check dari pangkalan pengetahuan dalaman
Konteks lapanganAmaran bahaya cuaca (ribut, hujan lebat, angin kencang) & imbasan kamera untuk simptom penyakit padi
TUAH — apa yang betul untuk dikatakan
  • Menjalankan DSSAT (CERES-Rice) — model simulasi tanaman saintifik, mensimulasi tumbesaran padi hari demi hari dari cuaca, tanah, varieti & tarikh tanam
  • Output: anggaran hasil kg/ha + julat keyakinan yang menyempit menghampiri tuai
  • Senario bandingan — amalan biasa vs pakej penuh Rice Check: berapa hasil boleh naik, dengan ROI dalam ringgit
  • Gelung tertutup: ramal → bimbing (Rice Check) → rekod amalan → ramalan makin tepat
Nota kejujuran: pekali varieti tempatan masih dalam kalibrasi — kekuatan sistem ialah arah & perbandingan senario, bukan jaminan nombor mutlak. Jangan janji ketepatan spesifik.
GeoVault & platform rakan kongsi — untuk syarikat dron

"Anda terbangkan dron, kami beri perisiannya." Platform white-label: portal client berjenama mereka — peta interaktif, NDVI, viewer 3D, analitik petak, laporan automatik.

  • GeoVault: repositori data GIS — Client → Projek → Lapisan; pautan kongsi berkod laluan + QR; client lihat & muat turun tanpa akaun
  • Format: GeoTIFF/COG · GeoJSON · KML · GDB · LAS/LAZ · 3D Tiles (Metashape / Pix4D)
  • Pakej storan: Starter 100 GB · Growth 1 TB · Enterprise 5 TB
  • Tawaran demo: "Bawa satu set data UAV anda — portal client anda siap dalam 15 minit"
Model pendapatan
  1. Langganan institusi — pakej berkelompok bersubsidi untuk MADA / KADA / IADA (~RM5/pesawah/bulan, indikatif)
  2. Komisen input — marketplace baja & racun dalam app, 3–5% setiap transaksi (Fasa 2)
  3. Data & insights — laporan agregat tanpa nama untuk agensi & rakan rantaian bekalan
  4. White-label / GeoVault — langganan platform untuk syarikat pemetaan udara, ikut pakej storan
QR laman — cetak besar untuk booth
QR laman TerraAgraLaman TerraAgra

Tunjuk terus dari telefon kalau brosur habis. Hubungi rasmi: terraagra@proton.me · +603-8923 1058.

Istilah — guna dengan siapa
Pesawah / pegawai lapanganPelabur / teknikal
Rekod petak & musimPlot & season management
Untung rugi musimAuto P&L per season
Ramalan hasil ikut petakTUAH — DSSAT CERES-Rice simulation, p10–p90 confidence
Tanya soalan baja / racunAI agronomy advisor (pangkalan pengetahuan dalaman)
Boleh guna walau takde talianOffline-first PWA (service worker + IndexedDB)
Imbas daun kesan penyakitCamera-based disease symptom recognition
Simpan & kongsi peta dronGeoVault — white-label GIS repository
Cubaan satu kawasan, satu musimPilot / proof of concept
Tentang acara

National Innovation and Commercialisation Expo 2026 — "Mission to Market: Malaysia to the World". Anjuran MOSTI bersama MRANTI, MIGHT, MIMOS, CRADLE, MTDC. 26–28 Ogos 2026, 9:00 pagi–5:00 petang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kit Booth v2 · 19 Ogos 2026 · sumber: dokumen produk TerraAgra, profil NICE 2026, nice.mosti.gov.my
Simpan fail ini di telefon — berfungsi sepenuhnya tanpa internet.