Pitch & Jawapan
Buka dengan soalan. Dengar dulu, pitch kemudian.
Nampak pegawai agensi: "Berapa ramai pesawah bawah seliaan tuan?"
Soalan buat orang berhenti; pitch buat orang jalan terus.
Dalam satu tempat: petak & musim ikut aliran kerja Rice Check, kewangan musim yang terus keluar untung-rugi, amaran cuaca, dan TUAH — enjin ramalan hasil kami yang menjalankan model tanaman saintifik untuk setiap petak.
Dua perkara buat kami lain: ia berfungsi tanpa talian, dan ia direka mesra warga emas — 70% pesawah kita berumur 50 tahun ke atas.
Kami jual sebagai langganan institusi melalui MADA, KADA dan IADA. Boleh saya tunjuk 2 minit?"
- Masalah (25s) — "Empat masalah yang sama berulang: rekod dalam buku nota yang hilang; blast dan hawar dikesan lambat; kerja lapangan dirancang tanpa ramalan cuaca; dan hujung musim pesawah sendiri tak tahu untung berapa."
- Empat tonggak (40s) — Operasi (petak & musim, sempadan satelit, hektar auto) → Kewangan (untung-rugi per musim; rekod tuaian terus jadi transaksi Jualan Padi) → TUAH (ramalan hasil + senario) → Konteks lapangan (amaran cuaca + imbasan penyakit).
- Gelung tertutup (20s) — "TUAH ramal hasil dan jana pelan tindakan. Rice Check bimbing pesawah dan rekod amalan sebenar. Amalan tu disuap balik — makin diguna, makin tepat ramalannya."
- Kenapa kami (15s) — pelopor gabungan cuaca + petak + kewangan + AI dalam satu app; offline-first; dwibahasa, teks besar, mod gelap.
- Langkah seterusnya (15s) — "Kita mulakan pilot satu kawasan penyeliaan, satu musim. Bila musim tanam tuan seterusnya bermula?"
Hidupkan mod pesawat, kemudian guna app depan mereka. Semua orang cakap "offline-ready" — kita tunjuk. Ayat: "Ini yang berlaku kat sawah tuan bila tiada talian — data tetap masuk, nanti ia sync sendiri."
Skrip ikut siapa yang datang
Agensi jelapang & kerajaan
MADA, KADA, IADA, Perlis, Jabatan Pertanian, KPKM, LPP, PPK, agensi negeri, MARDI.
Butang yang mereka tekan: keselamatan makanan, hasil sehektar, subsidi berkesan, pematuhan Rice Check, amaran penyakit awal, pendigitalan sektor padi.
Harga: langganan berkelompok bersubsidi ~RM5/pesawah/bulan — sebut sebagai indikatif; sebut harga sebenar ikut saiz kawasan.
Penutup: "Kami cadang POC satu kawasan penyeliaan, satu musim — ukur baseline dulu, kemudian tunjuk perbezaan. Siapa pegawai yang patut kami rujuk?"
Syarikat dron / pemetaan udara White-label
Operator UAV, syarikat survey & pemetaan, penyedia khidmat NDVI — ramai di expo teknologi macam ni.
GeoVault: repositori data GIS — hierarki Client → Projek → Lapisan, pautan kongsi berkod laluan + QR, sokong GeoTIFF/COG, GeoJSON, GDB, LAS/LAZ, 3D Tiles. Pakej ikut storan: Starter 100 GB · Growth 1 TB · Enterprise 5 TB.
Penutup: "Bawa satu set data UAV tuan — kami tunjukkan portal client tuan siap dalam 15 minit. Emel tuan? Saya hantar pautan demo."
Pertubuhan peladang / koperasi / kilang padi Saluran
PPK, koperasi pesawah, kilang beras, pembekal baja & racun, syarikat kontrak tanam.
Soalan layak: berapa ahli aktif? kawasan liputan? ada pasukan lapangan? siapa lulus kerjasama?
Penutup: "Jom set panggilan 30 minit selepas expo untuk bincang struktur kerjasama."
Pesawah komersial (3–20 ha) Early adopter
~35,000 pesawah komersial — segmen paling cepat terima teknologi.
Elak jargon. Guna: petak, musim, kos baja, untung, amaran hujan. Bukan: platform, dashboard, AI pipeline.
Penutup: "Saya WhatsApp tuan pautan app — cuba dulu satu petak musim ni."
Pelabur / agensi geran
MRANTI, MTDC, Cradle, VC, korporat venture.
Bawa: deck + angka terkini (pesawah aktif, kawasan pilot, pipeline agensi). Jangan reka angka — "Saya hantar angka terkini dari pasukan kami petang ni."
Penutup: "Boleh saya atur pertemuan dengan pengasas kami minggu depan?"
Pelajar / pelawat umum / vendor Sopan, cepat
30 saat + QR, kemudian kembali kepada lead layak. Booth yang penuh dengan orang tak membeli menghalang prospek sebenar mendekat.
Vendor datang jual kepada kita: ambil kad, "saya sampaikan pada pasukan," tamat dalam 60 saat.
5 soalan melayakkan prospek
Merah = perlu tindakan segera. Sama macam petak tanaman.
| Suhu | Tanda | Tindakan |
|---|---|---|
| Kuasa/pengaruh keputusan + ramai pesawah bawah seliaan + masa <3 bulan + minat pilot | Set tarikh follow-up di booth juga. WhatsApp sebelum dia keluar dewan. | |
| Warm | Berminat, masalah jelas, tapi perlu rujuk atasan / belum ada peruntukan | Hantar bahan + panggilan dalam 2 minggu. |
| Cold | Ingin tahu, pelajar, tiada kaitan | QR + senarai emel. Jangan buang masa booth. |
Jawapan bantahan
"Pesawah kami dah tua — mana reti guna app"
Angka penyokong: 70%+ pesawah berdaftar berusia 50 tahun ke atas — UX mudah bukan pilihan, ia keperluan.
"Sawah kami takde talian internet"
Terus buat: mod pesawat, tunjuk app masih berfungsi. Demo paling meyakinkan di booth.
"Ramalan AI ni tepat ke?"
Jangan janji ketepatan nombor mutlak — pekali varieti tempatan masih dalam kalibrasi. Kekuatan sistem: arah, perbandingan & trend. Ayat kuat: "Kami tak minta tuan percaya AI. Kami minta tuan uji kami satu musim."
"Berapa harganya?"
RM5/pesawah/bulan = indikatif. Jangan komit angka akhir, diskaun atau terma bayaran di booth.
"Agensi kami dah ada sistem sendiri"
"Data pesawah ni sensitif"
Jangan janji spesifik teknikal (lokasi server, on-premise, pematuhan tertentu) tanpa pengesahan pasukan teknikal.
"Kami kena ikut proses perolehan / tender"
Rekod dalam nota: pegawai perolehan, kalendar bajet, tarikh mula tahun kewangan.
"Emailkan sahaja, nanti saya tengok"
Tanpa nombor telefon + tarikh, itu bukan lead — cuma kad nama.
Alir demo 3 minit
- Petak — "Sempadan petak dari satelit, hektar dikira automatik, musim ada mula dan hujung yang jelas."
- TUAH — "Ini ramalan hasil petak ni, dengan julat keyakinan. Dan ini senarionya: amalan biasa vs pakej penuh Rice Check — beza hasilnya, dalam ringgit."
- Rice Check — "Pelan tindakan bermasa — baja, air, perosak — dan app rekod amalan sebenar. Amalan ni disuap balik, ramalan jadi makin tepat."
- Kewangan — "Rekod tuaian terus jadi transaksi Jualan Padi. Ini untung sebenar musim ni."
- Mod pesawat — "Dan semua ni jalan tanpa talian."
Untuk syarikat dron: demo lain — GeoVault: muat naik → portal client berjenama → pautan kongsi + QR. Tunjuk viewer 3D kalau ada masa.
- Harga akhir, diskaun, terma bayaran (RM5/pesawah/bulan = indikatif)
- Bilangan pesawah & hektar aktif semasa; nama agensi/klien yang boleh disebut terbuka
- Ketepatan TUAH — kekal pada "arah & perbandingan senario", bukan jaminan nombor
- Tarikh keluaran Fasa 2 (marketplace input)
- Terma kerjasama PPK / reseller / white-label
Borang Lead
Isi selepas perbualan tamat. Berfungsi tanpa internet.
Leads Tersimpan
Eksport CSV setiap hujung hari, hantar ke kumpulan BD.
Data disimpan dalam pelayar telefon ini sahaja.
Operasi Booth
Peranan, rutin harian & agenda 3 hari.
| Peranan | Tugas |
|---|---|
| Penyapa | Berdiri di hadapan booth, bukan belakang meja. Buka dengan soalan. Layak / tak layak dalam 60 saat. |
| Demo | Pegang peranti demo. Demo 3 minit + aksi mod pesawat. Jawab soalan teknikal. |
| Penutup | Isi borang lead, dapatkan WhatsApp + tarikh, hantar mesej susulan terus di booth. |
- Sahkan nombor booth & masa pemasangan; isi nombor booth dalam kit (tab Info)
- Cetak: brosur, kad nama semua staf, backdrop / standee, QR besar (tab Info)
- Peranti demo diisi data contoh — petak, musim, transaksi, ramalan TUAH — supaya skrin tak kosong
- Uji demo dalam mod pesawat sekurang-kurangnya sekali
- Kuasa: extension cord, power bank ×3, kabel cas
- Kit ini dibuka & ditanda buku di telefon setiap staf BD
- Angka yang boleh disebut disahkan pengurusan (kotak amber, tab Pitch)
- Satu muka surat ringkasan untuk VIP / media
- Booth kemas, brosur disusun, peranti dicas penuh
- Sasaran hari ini disebut kuat: __ lead / __ HOT
- Semak agenda hari tu — sesi mana bawa orang keluar ke dewan pameran
- Semua staf tahu skrip 30 saat & boleh buat demo mod pesawat
- Eksport CSV dari tab Senarai → hantar ke kumpulan WhatsApp BD
- Setiap lead HOT: WhatsApp susulan hari ini juga
- Kongsi cepat: bantahan apa paling kerap? Laraskan skrip esok
- Kira lead vs sasaran; tetapkan sasaran esok
- HOT — hubungi dalam 24 jam. Rujuk masalah yang dia sebut, bukan pitch umum.
- WARM — WhatsApp + emel dalam 48 jam, cadang 2 slot masa tertentu.
- COLD — satu emel terima kasih + pautan.
- Gabung semua CSV ke satu fail induk, buang pendua, masuk CRM.
"Salam Encik ___, saya ___ dari TerraAgra — kita berbual di booth NICE 2026 semalam tentang [masalah yang dia sebut]. Saya hantar brosur ringkas kami di sini. Boleh kita cari 15 minit hari ___ atau ___ untuk saya tunjuk app? Terima kasih."
Agenda & waktu puncak
Sesi persidangan tarik orang keluar dari dewan pameran. Trafik booth paling padat sebelum sesi, waktu rehat & makan tengah hari.
- Seorang juru cakap sahaja — tetapkan siapa awal pagi
- Pitch 60 saat: "Kami TerraAgra — sahabat digital pesawah padi. Satu app: petak, kewangan musim, amaran cuaca dan TUAH, enjin ramalan hasil kami yang jalankan model tanaman saintifik. Ia berfungsi tanpa talian dan direka mesra warga emas — 70% pesawah kita berumur 50 tahun ke atas. Sasaran kami: mendigitalkan 170,000 pesawah padi negara melalui MADA, KADA dan IADA."
- Sedia satu muka surat untuk pegawai iringan
- Seorang staf merakam gambar / video untuk media sosial & laporan
- Jangan halang lorong; jangan hulur barang terus kepada VIP tanpa diminta
- Duduk, main telefon, atau makan di booth
- Sebut harga muktamad, jaminan ketepatan, atau nama klien belum disahkan
- Berbual 20 minit dengan lead COLD sedangkan prospek layak lalu di depan
- Kumpul kad nama tanpa nota — kad tanpa konteks tiada nilai
- Janji "saya hantar esok" tanpa tarikh dalam borang
Info Produk
Fakta yang boleh dipegang — dari dokumen produk sebenar.
| Nama | TERRAAGRA SOLUTIONS SDN. BHD. |
|---|---|
| Tagline | Sahabat Digital Pesawah Moden |
| Sektor (NICE) | Artificial Intelligence (AI) & Machine Learning |
| Mencari | Business Partnerships, Strategic Collaborations |
| Emel | hello@terraagra.com · rakan kongsi: rakankongsi@terraagra.com |
| Telefon | +603-8923 1058 |
| Laman | aeronerve.my/terraagra · www.terraagra.com |
| Booth | — (isi di bawah) |
Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. Segmen: ~120K pesawah individu (<3 ha) · ~35K pesawah komersial (3–20 ha, early adopters).
| Tonggak | Apa ia buat |
|---|---|
| Operasi ladang | Petak & musim — kitaran musim eksplisit, sempadan petak satelit, hektar automatik, jadual tugas aliran kerja Rice Check |
| Kewangan | Pendapatan, perbelanjaan & untung-rugi per musim; rekod tuaian menjana transaksi Jualan Padi automatik |
| Kecerdasan | TUAH (ramalan hasil) + "Tanya Agronomi" — jawapan kontekstual baja / racun / Rice Check dari pangkalan pengetahuan dalaman |
| Konteks lapangan | Amaran bahaya cuaca (ribut, hujan lebat, angin kencang) & imbasan kamera untuk simptom penyakit padi |
- Menjalankan DSSAT (CERES-Rice) — model simulasi tanaman saintifik, mensimulasi tumbesaran padi hari demi hari dari cuaca, tanah, varieti & tarikh tanam
- Output: anggaran hasil kg/ha + julat keyakinan yang menyempit menghampiri tuai
- Senario bandingan — amalan biasa vs pakej penuh Rice Check: berapa hasil boleh naik, dengan ROI dalam ringgit
- Gelung tertutup: ramal → bimbing (Rice Check) → rekod amalan → ramalan makin tepat
"Anda terbangkan dron, kami beri perisiannya." Platform white-label: portal client berjenama mereka — peta interaktif, NDVI, viewer 3D, analitik petak, laporan automatik.
- GeoVault: repositori data GIS — Client → Projek → Lapisan; pautan kongsi berkod laluan + QR; client lihat & muat turun tanpa akaun
- Format: GeoTIFF/COG · GeoJSON · KML · GDB · LAS/LAZ · 3D Tiles (Metashape / Pix4D)
- Pakej storan: Starter 100 GB · Growth 1 TB · Enterprise 5 TB
- Tawaran demo: "Bawa satu set data UAV anda — portal client anda siap dalam 15 minit"
- Langganan institusi — pakej berkelompok bersubsidi untuk MADA / KADA / IADA (~RM5/pesawah/bulan, indikatif)
- Komisen input — marketplace baja & racun dalam app, 3–5% setiap transaksi (Fasa 2)
- Data & insights — laporan agregat tanpa nama untuk agensi & rakan rantaian bekalan
- White-label / GeoVault — langganan platform untuk syarikat pemetaan udara, ikut pakej storan
Tunjuk terus dari telefon kalau brosur habis.
| Pesawah / pegawai lapangan | Pelabur / teknikal |
|---|---|
| Rekod petak & musim | Plot & season management |
| Untung rugi musim | Auto P&L per season |
| Ramalan hasil ikut petak | TUAH — DSSAT CERES-Rice simulation, p10–p90 confidence |
| Tanya soalan baja / racun | AI agronomy advisor (pangkalan pengetahuan dalaman) |
| Boleh guna walau takde talian | Offline-first PWA (service worker + IndexedDB) |
| Imbas daun kesan penyakit | Camera-based disease symptom recognition |
| Simpan & kongsi peta dron | GeoVault — white-label GIS repository |
| Cubaan satu kawasan, satu musim | Pilot / proof of concept |
National Innovation and Commercialisation Expo 2026 — "Mission to Market: Malaysia to the World". Anjuran MOSTI bersama MRANTI, MIGHT, MIMOS, CRADLE, MTDC. 26–28 Ogos 2026, 9:00 pagi–5:00 petang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Simpan fail ini di telefon — berfungsi sepenuhnya tanpa internet.